PENGUKURAN KERJAYA MENGIKUT WARNA
Berikut adalah beberapa pengukuran kerjaya yang mungkin sesuai untuk anda bedasarkan warna yang digemari anda. Pilih antara warna EMAS, HIJAU, BIRU, atau JINGGA. Mari kita lihat beberapa pengukuran tersebut:
EMAS
Personaliti:
Bersifat
keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran,
boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan
berperaturan serta menaruh perhatian.
Kerjaya:
Guru,
polis, jururawat, doktor, pendakwah, penasihat juvana, ahli psikologi.
HIJAU:
Personaliti:
Cenderung
dan cekap dalam pelbagai lapangan , cenderung mereka cipta, cekap dalam
menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin tahu, memahami konsep,
berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal,
kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik.
Kerjaya:
Jurutera,
juruterbang, akuantan, pegawai bank, peguam, wartawan, ahli perniagaan
BIRU:
Personaliti:
Individu
yang bersifat tulin, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik,
berkebolehan menyelami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia,
mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang gembira, penuh kasih
sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.
Kerjaya:
Kaunselor,
jurujual, pelukis, pereka fesyen, pelakon, penyanyi, penulis skrip, penulis
novel
JINGGA:
Personaliti:
Individu
yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada
pertandingan, tergopoh-gapah tetapi semangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh
sentiment, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya
tetapi menyeronokan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka
keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran.
Kerjaya:
Ahli
sukan, pelawak, mekanik, operator,
Temui kerjaya yang sesuai dengan anda menurut warna kegemaran anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan