SEJARAH
“ORANG KITA”
Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan
Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau
Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal
daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan
adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina
menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia,
pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.
Majoriti Orang Asli di Malaysia
(termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini
adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci
Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah
seramai 141,230 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kumpulan Kaum Orang Asli
iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun
Bangsa.
Orang Asli merupakan perkataan generik
bahasa Melayu yang digunakan secara rasmi di Malaysia bagi merujuk kewujudan
orang asal yang menduduki tanah Semenanjung Tanah Melayu sejak azali lagi.
Secara rasmi, terdapat sekurang-kurangnya 18 suku dari etnik Orang Asli di
Semenanjung Tanah Melayu, mereka dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan utama
berikutan tutur bicara dan adat istiadat mereka yang berbeza diantara satu sama
lain.
a). Semang boleh
diketemukan dalam lingkungan hingga ke bahagian utara semenanjung.
b). Senoi, menetap di bahagian tengah semenanjung
c). Proto-Malay (atau Melayu Asli), menetap di
wilayah selatan semenanjung.
Terdapat Muzium Orang Asli yang dibina
bagi memberi penerangan dan pengetahuan umum tentang kewujudan dan kebudayaan
Orang Asli di Malaysia. Misalnya Muzium Orang Asli Gombak, kira-kira 25 km ke
utara Kuala Lumpur. Muzium Orang Asli yang lain juga boleh ditemukan beberapa
tempat dalam Malaysia. Kini di Malaysia, tangungjawab mengurus tanah adat,
kemajuan, kebajikan dan hal ehwal Orang Asli diletakkan dibawah Jabatan
Kemajuan Orang Asli Malaysia. Selain itu terdapat usaha bersepadu oleh jabatan
kerajaan yang lain untuk mengintegrasi orang asli dan meningkatkan taraf hidup
mereka dengan menggalakkan dan membantu mereka mendapat pekerjaan.
Usaha ini dilakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung Malaysia bersama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia.
Pencapaian orang-orang asli turut dipantau bagi memastikan kejayaan
program-program seumpamanya. Terdapat juga Persatuan Siswazah Orang Asli
Semenanjung Malaysia yang bertujuan bagi membentuk sebuah pertubuhan lepasan
institusi pengajian tinggi dikalangan Orang Asli. Selain itu terdapat juga
Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia yang membantu memperjuangkan
kepentingan orang-orang asli di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan