Orang Kita di Seluruh Benua Asia
Terdapat lebih 260 milion orang asli di seluruh pelusuk Asia. Setiap kumpulan orang-orang asli ini berbeza dari segi sejarah, gaya hidup, bahasa pertuturan dan kepercayaan. Beberapa negara di benua Asia yang mempunyai pelbagai kumpulan orang asli adalah Malaysia, Indonesia, Jepun, Thailand, Filipina, China, Vietnam, dan banyak lagi.
Australia
'Orang Kita' di Australia terbahagi kepada beberapa kumpulan dan ia terbahagai mengikut tempat yang meraka tinggal. Kepercayaan dan gaya hidup sesetiap kumpulan ini berbeza dan pada hari ini mereka hidup dengan pelbagai budaya tradisional dan juga moden. Sejarah mereka juga sudah semestinya berbeza daripada sejarah Orang Kita dan gaya hidup Orang kita di Malaysia.
Sila rujuk website ini untuk maklumat lebih lanjut:
http://australianmuseum.net.au/Indigenous-Australia
http://www.indigenous.gov.au/
http://www.reconciliation.org.au/
New Zealand
Orang Kita di New Zealand dikenali sebagai orang Maori dan dianggap Orang Asli di New Zealand. Nama Maori diambil daripada perkataan Ma-Uri, yang membawa maksud Anak Syurga. Orang Maori berasal daripada Egypt, kontinen Africa. Berbeza daripada orang-orang asli yang lain, orang Maori adalah unik dan dianggap pengembara yang hebat dan mempunyai pelbagai budaya yang menarik sepertia tiang totem, seperti dalam gambar dibawah.
Untuk informasi lanjut, sila rujuk:
Kanada
Orang Kita di Kanada terbahagi kepada tiga kumpulan yang besar iaitu, First Nation, Inuit dan Metis. Walaupon mereka semua berada didalan negeri yang sama, iaitu Kanada, tempat tinggal mereka adalah berbeza-beza dan mereka mempunyai beberapa bahasa dan budaya yang lain. Mereka juga ada berkongsi pelbagai budaya dan kepercayaan yang sama.
Untuk informasi lanjut, sila rujuk:
http://www.aadnc-aandc.gc.ca/eng/1100100013785/1304467449155
Tiada ulasan:
Catat Ulasan