Sabtu, 3 Mei 2014

Saringan Minat Kerjaya 2

Program Saringan Minat Kerjaya

Murid-murid Orang Asli aktif melibatkan diri dalam program saringan minat kerjaya.
Projek ini di bawah geran KOMNITI 2013-023 yang diketuai Dr. Mohd Mahzan Awang, UKM





Murid-murid orang asli menyertai aktiviti yang dijalankan.






En Iskandar (pensyarah IPG) sedang membuat sesi pengenalan kerjaya kepada murid Orang Asli


Kantin SK Sungai Mas


Aktiviti berkumpulan




Jumaat, 2 Mei 2014

Saringan Minat Kerjaya

Jurulatih Modul Tapisan Kerjaya sedang memberi tunjuk ajar kepada sebilangan murid Orang Asli untuk megenalpasti minat kerjaya mereka di Sek Keb Sungai Mas, Pahang.

Khamis, 1 Mei 2014

PROJEK BIMBINGAN DAN PEMUPUKAN MINAT KERJAYA

UKM dan Yayasan Istana Abdulaziz telah meluluskan peruntukan dana penyelidikan untuk menjalankan program bimbingan dan pemupukan minat kerjaya Orang Asli. Projek ini berujuan untuk membimbing murid Orang Asli untuk memupuk minat kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti mereka. Ia juga bertujuan untuk menghubungkan komuniti Orang Asli dengan tokoh-tokoh orang Asli yang telah berjaya sebagai motivasi dan model kepada pembangunan kerjaya mereka. Projek ini juga bertujuan untuk memantau perkembangan perancangan kerjaya komuniti Orang Asli menerusi penubuhan Kelab Kerjaya Komuniti Orang Asli. Projek ini diketuai oleh Dr. Mohd Mahzan Awang (UKM) dan dianggotai oleh Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Razaq Ahmad (UKM), Prof. Datin Dr. Amla Salleh (UKM), Prof. Madya Dr. Salleh Amat (UKM), Prof. Madya Dr. Sayuti Abdul Ghani (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) dan Dr. Alfitri (Universitas Sriwijaya, Palembang). Tapisan awal terhadap minat dan kecenderungan murid Orang Asli mendapati bahawa:
1. majoriti murid mengetahui jenis-jenis kerjaya yang lazim didedahkan oleh media serta pengalaman peribadi seperti kerjaya sebagai guru, polis, askar, bomba, doktor dan mekanik. Namun, pengetahuan mereka tentang bidang kerjaya seperti jurutera mekanik, pegawai penyiasat (forensik) dan pakar bedah amat terhad. 2. Majoriti murud cenderung kepada pekerjaan yang berbentuk sosial.
3. Kelamahan dalam bacaan (literasi) menyukarkan mereka untuk menyiapkan inventiri tapisan minat kerjaya RIASEK. Inovasi kepada inventori sedang dilakukan oleh siswazah sosiologi pendidikan Fakulti Pendidikan UKM.   

Program Bimbingan & Pemupukan Minat Kerjaya

Program tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tempat: SK Sungai Mas, Pahang
Hari : Isnin
Tarikh : 5 Mei 2014

Program ini akan dikendalikan oleh siswazah Fakulti Pendidikan UKM yang akan diselia oleh Dr. Mohd Mahzan Awang dan Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Razaq Ahmad.

Program ini adalah aktiviti penyelidikan di bawah geran Penyelidikan Universiti-Komuniti (KOMUNITI-2013-023) dengan kerjasama Yayasan Istana Abdulaziz.

Program pada kali ini adalah lanjutan deripada program pembangunan masyarakat peribumi yang telah diadakan sebelum ini.


Rabu, 30 April 2014

Orang Kita Di Seluruh Dunia

Orang Kita di Seluruh Benua Asia




Terdapat lebih 260 milion orang asli di seluruh pelusuk Asia. Setiap kumpulan orang-orang asli ini berbeza dari segi sejarah, gaya hidup, bahasa pertuturan dan kepercayaan. Beberapa negara di benua Asia yang mempunyai pelbagai kumpulan orang asli adalah Malaysia, Indonesia, Jepun, Thailand, Filipina, China, Vietnam, dan banyak lagi.


Australia





 'Orang Kita' di Australia terbahagi kepada beberapa kumpulan dan ia terbahagai mengikut tempat yang meraka tinggal. Kepercayaan dan gaya hidup sesetiap kumpulan ini berbeza dan pada hari ini mereka hidup dengan pelbagai budaya tradisional dan juga moden. Sejarah mereka juga sudah semestinya berbeza daripada sejarah Orang Kita dan gaya hidup Orang kita di Malaysia.

Sila rujuk website ini untuk maklumat lebih lanjut:

http://australianmuseum.net.au/Indigenous-Australia
http://www.indigenous.gov.au/
http://www.reconciliation.org.au/


New Zealand



Orang Kita di New Zealand dikenali sebagai orang Maori dan dianggap Orang Asli di New Zealand. Nama Maori diambil daripada perkataan Ma-Uri, yang membawa maksud Anak Syurga. Orang Maori berasal daripada Egypt, kontinen Africa. Berbeza daripada orang-orang asli yang lain, orang Maori adalah unik dan dianggap pengembara yang hebat dan mempunyai pelbagai budaya yang menarik sepertia tiang totem, seperti dalam gambar dibawah.




Untuk informasi lanjut, sila rujuk:



Kanada


Orang Kita di Kanada terbahagi kepada tiga kumpulan yang besar iaitu, First Nation, Inuit dan Metis. Walaupon mereka semua berada didalan negeri yang sama, iaitu Kanada, tempat tinggal mereka adalah berbeza-beza dan mereka mempunyai beberapa bahasa dan budaya yang lain. Mereka juga ada berkongsi pelbagai budaya dan kepercayaan yang sama.

Untuk informasi lanjut, sila rujuk:

http://www.aadnc-aandc.gc.ca/eng/1100100013785/1304467449155


Warna Kegemaran dan Pengukuran Kerjaya

PENGUKURAN KERJAYA MENGIKUT WARNA

Berikut adalah beberapa pengukuran kerjaya yang mungkin sesuai untuk anda bedasarkan warna yang digemari anda. Pilih antara warna EMAS, HIJAU, BIRU, atau JINGGA.  Mari kita lihat beberapa pengukuran tersebut:

EMAS
Personaliti:
Bersifat keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perhatian. 

Kerjaya:
Guru, polis, jururawat, doktor, pendakwah, penasihat juvana, ahli psikologi.

HIJAU:
Personaliti:
Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan , cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin tahu, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik.

Kerjaya:
Jurutera, juruterbang, akuantan, pegawai bank, peguam, wartawan, ahli perniagaan


BIRU:
Personaliti:
Individu yang bersifat tulin, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan menyelami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.

Kerjaya:
Kaunselor, jurujual, pelukis, pereka fesyen, pelakon, penyanyi, penulis skrip, penulis novel

JINGGA:
Personaliti:
Individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi semangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran.

Kerjaya:
Ahli sukan, pelawak,  mekanik, operator,
 
Temui kerjaya yang sesuai dengan anda menurut warna kegemaran anda?

Hala Tuju Pelajar

Laluan Kerjaya

  1. Selepas menduduki peperiksaan UPSR, pelajar akan memasuki:
    a.       Sekolah Menengah Haria
    b.      Sekolah Kluster / SBP
Permohonan ke SBPI

Prosedur Permohonan Murid Ke Tingkatan Satu (1) SBP

Langkah 1
Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
Langkah 2
Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
Langkah 3
Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.

Syarat Pemilihan Murid Tingkatan Satu (1) SBP
  Warganegara Malaysia
  Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
 Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan   mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
  Aktif dalam kokurikulum.

2. Selepas menjalani alam persekolahan menengah dan menduduki SPM, pelajar akan melanjutkan pelajaran ke:

Ø       Universiti
Ø       Program Matrikulasi
Ø       Pengajian Luar Negara
Ø       Politeknik, Program Teknikal dan Latihan.
Ø       Kolej-kolej Swasta
Ø       Tingkatan 6
Ø       Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Ø       Kursus Ketenteraan dan ALAM
Ø       Kursus Penerbangan
Ø       Institut Pendidikan Guru (IPG)