Khamis, 1 Mei 2014

PROJEK BIMBINGAN DAN PEMUPUKAN MINAT KERJAYA

UKM dan Yayasan Istana Abdulaziz telah meluluskan peruntukan dana penyelidikan untuk menjalankan program bimbingan dan pemupukan minat kerjaya Orang Asli. Projek ini berujuan untuk membimbing murid Orang Asli untuk memupuk minat kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti mereka. Ia juga bertujuan untuk menghubungkan komuniti Orang Asli dengan tokoh-tokoh orang Asli yang telah berjaya sebagai motivasi dan model kepada pembangunan kerjaya mereka. Projek ini juga bertujuan untuk memantau perkembangan perancangan kerjaya komuniti Orang Asli menerusi penubuhan Kelab Kerjaya Komuniti Orang Asli. Projek ini diketuai oleh Dr. Mohd Mahzan Awang (UKM) dan dianggotai oleh Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Razaq Ahmad (UKM), Prof. Datin Dr. Amla Salleh (UKM), Prof. Madya Dr. Salleh Amat (UKM), Prof. Madya Dr. Sayuti Abdul Ghani (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) dan Dr. Alfitri (Universitas Sriwijaya, Palembang). Tapisan awal terhadap minat dan kecenderungan murid Orang Asli mendapati bahawa:
1. majoriti murid mengetahui jenis-jenis kerjaya yang lazim didedahkan oleh media serta pengalaman peribadi seperti kerjaya sebagai guru, polis, askar, bomba, doktor dan mekanik. Namun, pengetahuan mereka tentang bidang kerjaya seperti jurutera mekanik, pegawai penyiasat (forensik) dan pakar bedah amat terhad. 2. Majoriti murud cenderung kepada pekerjaan yang berbentuk sosial.
3. Kelamahan dalam bacaan (literasi) menyukarkan mereka untuk menyiapkan inventiri tapisan minat kerjaya RIASEK. Inovasi kepada inventori sedang dilakukan oleh siswazah sosiologi pendidikan Fakulti Pendidikan UKM.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan